Gout adalah keadaan dimana berlaku
keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak.
Sendimetatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia
mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang,
urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah
yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.
rawatan dilakukan dengan ubat
anti-radang, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), steroid atau
colchicine. Setelah kesakitan menurun, tahap asid urik biasanya menurun melalui
perubahan gaya hidup. Meraka yang selalu kena gout biasanya diberi allopurinol
atau probenecid untuk pencegahan.
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa
faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Majoriti kes
daripada masalah buah pinggang manakala minoriti disebabkan pemakanan. Saya
taknak bercerita pasal masalah buah pinggang, genetik dan sebagainya dahulu.
Ada orang kata, orang yang aktif bersenam
dan ahli bina badan berisiko dapat gout disebabkan pengambilan protein yang
tinggi. Betul ke? atau secara lebih tepat, gout disebabkan makanan yang tinggi
kandungan purine. Secara amnya mereka yang aktif atau seorang atlet bina
badan memerlukan protein yang tinggi dan secara kebetulan kebanyakan jenis
protein tinggi purine.
Banyak makanan tinggi protein seperti
makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine.
Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan
gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme
tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak
makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50%.
Mereka dengan risiko gout disebabkan
beberapa faktor masih boleh mengambil protein yang tinggi, cuma perlu kurangkan
protein yang tinggi purine. Dalam masa yang sama, mereka perlu mengambil
makanan tinggi vitamin C. Nenas berkesan untuk pesakit gout. Omega-3 dalam
minyak ikan, minyak flaxseed boleh membantu mengurangkan kesakitan
disebabkan keradangan. Bagaimana dengan produk makanan
tambahan? Mereka boleh mengambil protein whey cuma perlu
dielakkan kebanyakan produk weight gainer.